Ramadan Al-Mubarak para jemaah semua

Seperti tahun2 sebelum ini, pihak AJK surau Al Ikhwan telah menyusun pelbagai program dan pengisian sempena kedatangan bulan mulia ini.

Pada tahun ini, pihak surau telah menyediakan ‘sistem derma’ untuk memudahkan para jemaah turut menyalurkan sumbangan dan juga memudahkan pengurusan surau untuk memantau dan menerima sumbangan secara teratur.

Pihak surau telah berjaya mendapat sokongan padu para jemaah untuk kempen iftar dan sekarang sedang meneruskan 3 lagi kempen seperti dibawah ini:

Majlis Iftar

⁠Majlis iftar sebanyak RM3,000 sehari dan target ialah untuk mengumpulkan RM81,000 (untuk 27 hari kerana 2 hari lagi surau dapat tajaan dari pihak caterer). Kempen ini terbuka dari sekarang hingga mencapai jumlah yang diperlukan dan akan di tutup pada 1 Ramadan nanti supaya persedian dapat di buat dengan baik

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kaedah hidangan ialah secara buffet. Untuk tahun ini, peruntukan di sediakan untuk 150 orang jemaah, InSyaAllah

Jumlah Infak Terkini

100% funded
Kempen ini sudah mengumpul RM81,930.00 daripada RM81,000.00 yang kami sasarkan. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga ALLAH memberikan pahala berlipat kali ganda

Kutipan dana pembangunan bumbung / awning / lantai/tandas & tempat wuduk

Dana ini bertujuan untuk memasang awning/bumbung/tandas dan tempat wuduk di hadapan dan tepi surau untuk mengelakkan tempias membasahi ruang rantai ketika hujan lebat dan kemungkinan air boleh memasuki ruang solat di kawasan berkarpet.

Projek ini juga akan menyediakan lantai tambahan berjubin di koridor hadapan surau serta memasang pagar baharu. Ia akan memberi lebih ruang untuk musafir menunaikan solat, ruang solat tambahan ketika solat hari raya dan terawih bila dewan solat utama penuh dan kegunaan semasa ada mana2 acara surau.

2 unit tandas muslimin juga akan di tambah di kawasan tempat wuduk sekarang, sementara tempat wuduk baru akan di bina di sekitar dinding luar bilik jenazah.

Sasaran kutipan sebanyak RM106,000 dari sekarang sehingga terkumpul.

Jumlah Infak Terkini

81% funded
Kempen ini sudah mengumpul RM85,750.00 daripada RM106,000.00 yang kami sasarkan. Jom berinfak sekarang

⁠Infak Eletrik

⁠Infaq eletrik untuk setahun dari bulan Ramadan tahun ini ke tahun hadapan, seperti yang di adakan tahun lepas.

Perbelanjaan eletrik surau ialah sebanyak RM2,000 sebulan, jadi target RM24,000 untuk setahun.

Satu lot di cadangkan sebanyak RM240.

Jumlah Infak Terkini

100% funded
Kempen ini sudah mengumpul RM27,451.00 daripada RM24,000.00 yang kami sasarkan. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga ALLAH memberikan pahala berlipat kali ganda

Ihya’ Ramadan

⁠Ihya’ Ramadan akan di lancarkan pada 1 Ramadan sehingga 30 Ramadan untuk para jemaah turut sama menyumbang untuk menjayakan program2 pada bulan Ramadan seperti persediaan moreh, saguhati penceramah jemputan, saguhati imam, bilal, program tadarus dsbnya.

Jumlah Infak Terkini

69% funded
Kempen ini sudah mengumpul RM15,255.00 daripada RM22,000.00 yang kami sasarkan. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga ALLAH memberikan pahala berlipat kali ganda