Selamat Datang ke Surau Al-Ikhwan

Selamat menyambut tahun baru 2026M dan selamat menyambut ketibaan bulan Rejab1447H, kemudian nya bulan Sya’ban dan seterusnya bulan Ramadhan yang di tunggu2

Seperti tahun2 sebelum ini, pihak AJK surau Al Ikhwan telah menyusun pelbagai program dan pengisian sempena kedatangan bulan2 mulia ini.

Pada tahun ini, pihak surau telah menyediakan beberapa kempen lebih awal menggunakan sistem derma (seperti yang kita mula guna pakai tahun lepas) untuk memudahkan para jemaah menyalurkan sumbangan dan juga memudahkan pengurusan surau untuk memantau dan menerima sumbangan secara teratur dan lebih awal.

Pihak surau telah berjaya mendapat sokongan padu para jemaah untuk kempen yang sama tahun lepas dan kami berharap ianya berterusan untuk tahun ini pula.

Jom sedekah sekarang, pilih kempen dibawah ini

Majlis Iftar 1447H

Majlis iftar tahun ini di anggarkan sebanyak RM3,000 sehari dan target ialah untuk mengumpulkan RM81,000. Kos sebenar akan dapat dipastikan bila proses tender di muktamadkan dalam masa terdekat.

Kempen ini terbuka dari sekarang hingga mencapai jumlah yang diperlukan dan akan di tutup pada 1 Ramadan nanti supaya persedian dapat di buat dengan baik.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kaedah hidangan ialah secara buffet. Untuk tahun ini, peruntukan di sediakan untuk 150 orang jemaah, InSyaAllah

Jumlah Infak Terkini

96% funded
Kempen ini sudah mengumpul RM78,020.00 daripada RM81,000.00 yang kami sasarkan. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga ALLAH memberikan pahala berlipat kali ganda

Dana Pembangunan 2026M

Tahun 2026 ini, pihak AJK merancang untuk terus melaksanakan beberapa kerja pembangunan untuk terus meningkatkan keselesaan jemaah serta keselamatan surau.

Bergantung kepada kesediaan dana, kami merancang untuk membaiki/ganti bumbung kawasan muslimin yang bocor terutama semasa hujan lebat, menurap tar di bahagian depan surau serta kawasan parkir di sebelah kanan surau, mengganti pagar yang rosak untuk keselamatan surau dan juga mengadakan balai serbaguna terbuka tetap menggantikan dua khemah sementara untuk pelbagai aktiviti

Jumlah awal yang diperlukan di anggarkan berjumlah RM50,000 dari ahli jemaah, di samping usaha pihak AJK untuk memohon peruntukan dari pihak2 lain.

Jumlah Infak Terkini

18% funded
Kempen ini sudah mengumpul RM9,032.08 daripada RM50,000.00 yang kami sasarkan. Jom berinfak sekarang

Infak Letrik 1447H

Infaq eletrik untuk setahun dari bulan Ramadan tahun ini ke tahun hadapan, seperti yang di adakan tahun2 lepas.

Perbelanjaan eletrik surau ialah lebih kurang RM2,000 sebulan, jadi target kita ialah RM24,000 untuk setahun.

Satu lot di cadangkan sebanyak RM240.

Jumlah Infak Terkini

51% funded
Kempen ini sudah mengumpul RM12,256.00 daripada RM24,000.00 yang kami sasarkan. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga ALLAH memberikan pahala berlipat kali ganda

Ihya’ Ramadan 1447H

Ihya’ Ramadan memberi peluang untuk para jemaah turut sama menyumbang untuk menjayakan program2 pada bulan Ramadan seperti persediaan moreh setiap malam, sahur 10 malam terakhir, saguhati penceramah jemputan, saguhati imam dan bilal terawih, saguhati peserta program tadarus dsbnya.

Berdasarkan jumlah perbelanjaan seperti tahun lepas, sebanyak RM23,000 di perlukan untuk menjayakan program yang serupa InSyaAllah

Jumlah Infak Terkini

93% funded
Kempen ini sudah mengumpul RM21,434.00 daripada RM23,000.00 yang kami sasarkan. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga ALLAH memberikan pahala berlipat kali ganda

Penderma Terkini Kempen Surau Al-Ikhwan

November 9, 2026

Amount Donated
RM10.00

August 18, 2026

Amount Donated
RM10.00

July 24, 2026

Amount Donated
RM100.00

July 9, 2026

Amount Donated
RM10.00

June 26, 2026

Amount Donated
RM10.00

June 19, 2026

Amount Donated
RM10.00

June 13, 2026

Amount Donated
RM10.00

June 5, 2026

Amount Donated
RM100.00

June 4, 2026

Amount Donated
RM10.00