JOM INFAK UNTUK MAJLIS IFTAR SURAU AL-IKHWAN, SEKSYEN 5
Majlis iftar sebanyak RM3,000 sehari dan target ialah untuk mengumpulkan RM90,000 untuk sebulan. Kempen ini terbuka dari sekarang hingga mencapai jumlah yang diperlukan dan akan di tutup pada 1 Ramadan nanti supaya persedian dapat di buat dengan baik.
Allah SWT Berfirman Yang Bermaksud:
“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku Melapangkan Rezeki Dan Menyekatnya Kepada Siapa Yang Dia Kehendaki Di Antara Hamba-Nya; Dan Apa Sahaja Yang Kamu Berikan, Allah Akan Menggantinya Dan Dialah Pemberi Rezeki Yang Terbaik.”
Hadis Riwayat Al-Tirmizi
“Barangsiapa Yang Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa, Dia Akan Mendapat Pahala Seperti Orang Yang Berpuasa Tanpa Dikurangkan Pahala Orang Berpuasa Sedikit Pun”
Ayuh para dermawan, jom berinfak untuk majlis berbuka puasa melalui borang dibawah ini sekarang
- Pastikan niat infak kerana Allah,untuk kedua ibu bapa/diri sendiri/kemurahan rezeki/disembuhkan penyakit dll
- Pilih jumlah sumbangan yang anda mahu ATAU klik ‘Lain2 amaun..’ untuk masukkan jumlah anda sendiri (minima RM10)
- Isi nama dan emel dan klik butang DERMA SEKARANG!
- Anda akan dibawa terus ke ‘payment gateway’ untuk sumbangan secara online, bayar sehingga selesai
Pemberitahuan
1. Pihak surau mengunakan payment gateway Toyyibpay sebagai rakan kerjasama pembayaran
