Jom Berinfak Untuk Kutipan dana pembangunan bumbung / awning / lantai/ tandas & tempat wuduk surau Al-Ikhwan

Dana ini bertujuan untuk memasang awning/bumbung/lantai/tandas dan tempat wuduk di hadapan dan tepi surau untuk mengelakkan tempias membasahi ruang rantai ketika hujan lebat dan kemungkinan air boleh memasuki ruang solat di kawasan berkarpet.
Projek ini juga akan menyediakan lantai tambahan berjubin di koridor hadapan surau serta memasang pagar baharu. Ia akan memberi lebih ruang untuk musafir menunaikan solat, ruang solat tambahan ketika solat hari raya dan terawih bila dewan solat utama penuh dan kegunaan semasa ada mana2 acara surau.
2 unit tandas muslimin juga akan di tambah di kawasan tempat wuduk sekarang, sementara tempat wuduk baru akan di bina di sekitar dinding luar bilik jenazah.
Sasaran kutipan sebanyak RM106,000 dari sekarang sehingga terkumpul
Sungguh Tak Rugi Kita Wakaf Infak Bagi Pembinaan Surau Ini
Allah SWT Berfirman Yang Bermaksud:
“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku Melapangkan Rezeki Dan Menyekatnya Kepada Siapa Yang Dia Kehendaki Di Antara Hamba-Nya; Dan Apa Sahaja Yang Kamu Berikan, Allah Akan Menggantinya Dan Dialah Pemberi Rezeki Yang Terbaik.”
Allah SWT berfirman dalam Surah Al- Baqarah, ayat 245
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (INFAQ & WAQAF), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
- Pastikan anda sudah berniat infak ini kerana Allah, untuk kedua ibu bapa/diri sendiri/kemurahan rezeki/disembuhkan penyakit dll
- Pilih jumlah sumbangan yang anda mahu ATAU klik ‘Lain2 amaun..’ untuk masukkan jumlah anda sendiri (minima RM10)
- Isi nama dan emel dan klik butang DERMA SEKARANG!
- Anda akan dibawa terus ke ‘payment gateway’ untuk sumbangan secara online, bayar sehingga selesai
Pemberitahuan
1. Pihak surau mengunakan payment gateway Toyyibpay sebagai rakan kerjasama pembayaran