Rumusan Sumbangan 2025

Maklumat berkenaan hasil kempen2 yang di jalankan dalam bulan Ramadan 1446H dan sepanjang tahun 2025 oleh surau Al Ikhwan:

1.Status kutipan derma Surau Al Ikhwan di bulan Ramadan 1446H:

  • Tabung Iftar: RM81,830 berbanding target RM81,000 (101%)
  • Ihya’ Ramadan: RM15,255 dari sasaran RM22,000 (69%)
  • Infak Letrik: RM27,301 berbanding sasaran RM24,000 (114%)
  • Dana Pembangunan: RM41,230 berbanding sasaran RM70,000 (59%)

2.Status perbelanjaan utk aktiviti bulan Ramadan 1446H:

  • Iftar RM81,780 – lebihan RM50
  • Ihya’ Ramadan:
    1. Moreh – RM4,789.90
    2. Sahur – RM3,825.00
    3. Saguhati Majlis Khatam Quran dan Petugas Ramadan: Tunai RM13,100 Kain RM1,185.6
    Jumlah Ihya’ Ramadan: RM22,900.50
    Kekurangan: RM7,645.50
  • Infak letrik – lebihan RM3,301
  • Kekurangan keseluruhan perbelanjaan bulan Ramadan 1446H: RM4,294.50

3. Kerja2 pembangunan hasil kutipan Dana Pembangunan surau serta Kerja-Kerja Pemasangan Awning, Tambahan Lantai, Dinding serta Kerja-Kerja Berkaitan untuk memperluaskan kawasan Koridor di Hadapan Surau Al-Ikhwan:

Alhamdulillah kerja2 di atas telah selamat di siapkan mengikut perancangan pada 10 November 2025 dengan beberapa kerja tambahan yang juga telah disiapkan bulan Disember ini.

  1. Kerja2 asal yang dikontrakkan kpd syarikat Masu Bena Enterprise RM101,739
  2. Kerja2 tambahan oleh Masu Bena Enterprise RM20,820
  3. Sumbangan hamba Allah terus untuk belian 2 aircond dan tangki air RM5,300
  4. Bayaran oleh surau sebanyak RM8,459 utk kos tambahan aircond, pasang ‘Safety Door’ dan bayaran saguhati wakil surau.
  5. Jumlah kos keseluruhan RM136,318.
  6. Ianya di biayai melalui kutipan tabung dana pembangunan surau melalui Sistem Derma berjumlah RM123,810, sumbangan terus hamba Allah RM5,300 dan bayaran dari akaun surau RM8,469

Alhamdulillah tabung dana pembangunan surau untuk 2025 sudah ditutup, pihak surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini – para penderma, AJK dan jemaah yg membantu, kontraktor dan semua yang terlibat.

Jazakallah hikathiran kathira.